Monday 2 May 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN ANGKASA 2011

1. Persidangan di atas akan diadakan pada ketetapan berikut;
 
                     Tarikh       :  14 Mei 2011 (Sabtu)
                     Tempat      :  Dewan PWTC, Kuala Lumpur
                      Masa        :  9.30 pagi

2. Kepada Ahli gabungan yang ingin dan sudah bersetuju untuk menaikki bas yang disediakan oleh gabungan , sila hadirkan  diri di BTP, Bukit Katil selewat-lewatnya jam 6.00 pagi, Sila hubungi Bendahari Gabungan Pn Hjh Norhalinda yunos untuk keterangan lanjut.

LAWATAN KE VIETNAM Siri 2

1.GKSSMB dengan kerjasama Unit Kokurikulum, JPN Melaka selaki lagi akan menganjurkan lawatan di atas saperti ketetapan berikut:-

                 TARIKH                             :    15 - 18 Julai 2011 ( 4 H 3 M )
                 NAMA PESERTA              :     Mereka yg Berkenaan dan telah memberikan persetujuan
                 TEMPAT BERKUMPUL    :    BTP BUKIT KATIL
                 MASA BERTOLAK           :    3.00 PAGI ( JUMAAT 15 April 2011)

2. Surat edaran akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Sila jelaskan bayaran sebelum atau pada 15 Jun 2011. Bayaran dalam bentuk cek atas nama Gabungan Koperasi Sekolah-sekolah Melaka Berhad di alamatkan kepada SMK Seri Tanjung , Tanjung Kling, 76400 Melaka.

3. Sila hubungi Bendahari untuk keterangan lanjut.

KURSUS SEKKOP 123

Seramai 58 peserta terdiri dari Bendahari dan ALK Koperasi Sekolah dari Negeri Melaka telah menghadiri kursus bermula 28 April 2011 hingga 30 April 2011 bertempat di Pelangi Balau Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor. Taklimat telah disampaikan oleh tenaga pengajar didatangkan khas dari ANGKASA Kuala Lumpur.

2. Kursus SEKKOP siri 2 akan diadakan pada 28 - 30 Julai 2011 bertempat di Cameron Highland, Pahang. Kepada yang layak dan berminat, sila hubungi Bendahari Gabungan, Pn Hjh Norhalinda Yunos . Surat edaran akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

Sunday 27 February 2011

LAWATAN KERJA KE VIETNAM

1.GKSSMB dengan kerjasama Unit Kokurikulum, JPN Melaka akan menganjurkan lawatan di atas saperti ketetapan berikut:-

                 TARIKH                             :    15 - 18 APRIL 2011 ( 4 H 3 M )
                 NAMA PESERTA              :     Mereka yg Berkenaan dan telah memberikan persetujuan
                 TEMPAT BERKUMPUL    :    BTP BUKIT KATIL
                 MASA BERTOLAK           :    3.00 PAGI ( JUMAAT 15 April 2011)

2. Sila jelaskan bayaran sebelum atau pada 1 Mac 2011. Bayaran dalam bentuk cek atas nama Gabungan Koperasi Sekolah-sekolah Melaka Berhad di alamatkan kepada SMK Seri Tanjung , Tanjung Kling, 76400 Melaka.

3. Sila hubungi Bendahari untuk keterangan lanjut.

4. Antara gambar yg dapat dirakamkam....









PROGRAM "TREASURE HUNT" 2011

1.GKSSMB dengan kerjasama Unit Kokurikulum, JPN Melaka akan menganjurkan program di atas pada ketetapan berikut : -

       TARIKH                            :     12 MAC 2011 (SABTU)
        MASA                              :      8.30 PAGI - 5.30 PTG
       TEMPAT                           :      PUSAT REKREASI AIR, JALAN TASIK
                                                        AYER KEROH, MELAKA
       YURAN PENYERTAAN  :      RM 100.00 SEORANG (ditanggung oleh Koperasi)

2. Tujuan program untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar khususnya ALK.

3. Dipelawa 2 peserta atau lebih dari setiap koperasi dan bayaran boleh dibuat dengan cek atas nama Gabungan Koperasi Sekolah-sekolah Melaka Berhad dan dihantar ke alamat SMK Seri Tanjung, Tanjung Kling, 76400 Melaka.

4. Tarikh tutup 3 Mac 2011. Sila hubungi Setiausaha untuk keterangan lanjut.

Sunday 20 February 2011

Bermulanya Satu Perubahan

Selamat bertemu dalam blog Gabungan Koperasi Sekolah-sekolah Melaka Berhad. Tujuan utama blog ini dilancarkan adalah untuk memberi tambahnilai dalam pergerakan gabungan ini dan menjadikan penyampaian maklumat lebih cepat dan tepat dari masa kesemasa. Moga blog ini akan memberi benafaat kepada semua ahli gabungan untuk memberikan maklumat dan pandangan membina melalui ruangan komen selepas sesuatu artikel dimasukkan.

Harapan agar blog ini akan berterusan dan akan menjadi pemangkin kepada pergerakan koperasi amnya dan gabungan koperasi kita khasnya.

Selamat Maju Jaya untuk semua....